Menghilangkan Jerawat Dari Dalam Dengan Detox06.15.14

Rawatan detox jerawat yang sukar sembuh dan berulang

Sekiranya anda telah mencuba pelbagai produk merawat jerawat, duit pun sudah tidak terkira dan sudah penat mencuba pelbagai produk kecantikkan tetapi jerawat tetap akan timbul dengan “meriahnya”. Ini menunjukkan anda perlu detox sistem tubuh anda. Detox dengan selamat dan tanpa kesan sampingan.

Biochemic Detox Untuk Kulit Yang Menawan

Set Ini mengandungi :

  1. Kali Phos 6x
  2. Ferrum phos 6x
  3. Kali sulph 6x

Untuk mendapatkan kulit yang cantik anda perlu memastikan darah yang mengalir di dalam tubuh anda sentiasa mendapat bekalan oksigen secukupnya. Potassium sulphate (Kali phos) ialah garam atau mineral yang memastikan oksigen yang anda sedut setiap hari akan memindahkan oksigen tersebut ke sel-sel.  Sementara Ferrum phosphoricum (Ferr Phos) akan memastikan oksigen tersebut sampai ke tempat yang dituju, Kali sulphuricum (Kali sulph) pula bertindak sebagai pemudah cara untuk memastikan pemindahan oksigen ke sel-sel menjadi efektif.

Ketiga-tiga remedy Biochemic atau garam tisu ini dianggap sebagai pelengkap (essential)  kepada kesihatan kulit. Kekurangan garam tisu ini akan menjadikan kulit anda pucat, kusam dan tidak bermaya. Sebaliknya jika anda mengamalkan therapy Biochemic, kulit anda akan mendapat bekalan mineral yang secukupnya untuk memastikan oksigen akan sentiasa berada kepada kadar yang secukupnya untuk menjadikan kulit anda sihat, gebu dan bermaya.

Kali sulph merupakan remedy terpenting di antara ketiga-tiga remedy Biochemic ini.  Remedi Homeopathy dan Biochemic bukan hanya “target” kepada kulit sahaja tetapi akan merawat keseluruhan tubuh yang berkaitan dengan garam tisu tersebut. Simptom dan karakter pesakit akan menjadi penanda aras kepada remedy yang sesuai,

contohnya jika anda (wanita) pemalu, tetapi kuat cemburu, kuat syak wasangka,  kerap berubah-rubah mood, haid yang terlalu sedikit (scanty menses) dan kerap kali haid yang lambat, kerap terasa pedih dan terasa berat di abdomen, sakit sendi yang berubah-rubah dan biasanya akan sakit kaki pada sebelah malam.

Pesakit yang memerlukan Kali sulph biasanya akan terlelap, dan akan terjaga kerana mengalami mimpi ngeri. Dia akan mengalami perasaan pening dan vertigo (perasaan suasana berpusing-pusing).

Kali sulph adalah remedy yang amat membantu untuk masalah conjunctivitis atau sakit mata yang akan mengeluarkan lelehan berwarna kuning.

Pesakit itu juga kadang-kadang mendapat selsema yang akan menjadikan dia akan kehilangan deria baunya.

Kulitnya akan terjadi erupsi seperti eczema, di kulit kepala akan terdapat kelemumur. Kulit kepalanya juga akan berisisik dan berwarna kuning

Simptom ini dengan jelas merujuk anda kekurangan garam tisu yang bernama Kali sulph. Gandingan bersama-sama Kali phos dan Ferr phos akan menjadikan kulit dan tubuh anda secara amnya akan kelihatan sihat, gebu dan menarik berbanding sebelum ini.

Dos : Cara Mengambil Biochemic Detox
Biochemic boleh di dapati di dalam dua bentuk iaitu cecair atau tablet manis (seperti BC01, BC04 dan lain-lain). Paling popular dan mudah untuk diambil ialah di dalam bentuk tablet manis.
Dos atau aturan mengambil remedi Biochemic adalah mengikut tahap penyakit yang dideritai, contohnya jika akiut (penyakit yang tiba-tiba menyerang), potensi yang tinggi, contohnya potensi 200 ke atas akan diberikan, Sebaliknya jika kronik (penyakit yang lama) potensi yang rendah akan diberikan, contohnya 6x ke atas.
4 biji di kemam 4 kali sehari, 15 minit sebelum mengambil makanan dan 15 minit lagi selepas itu jika ingin mengambil makanan, tujuannya untuk memberi laluan kepada remedi untuk meresap kedalam tubuh untuk mendapat kesan yang optimum.
4 kali bermakna sebelum sarapan, sebelum makan tengah hari, sebelum minum petang dan sebelum makan malam. Tablet ini juga boleh dilarutkan kedalam air panas untuk diminum. Kesemua remedi boleh diambil serentak (jika diambil serentak, hanya 2 tablet untuk setiap satu remedi) atau yang paling terbaik diselang selama 5 – 10 minit untuk setiap remedi.
Single Remedy
Biochemic secara holistik di ambil secara “single remedy” ataupun bukan remedi yang digabungkan.
Tempoh Pengambilan Remedi Detox
Empat remedi Calcium phosporica (Cal phos), Kali sulphurica (Kali sulp), Silica (Sil) dan Natrum phosphoricum (Nat phos) perlu diambil untuk tempoh sebulan.

 

Posted in Uncategorizedwith No Comments →

Penyebab Jerawat Dan Kaedah Merawat Jerawat05.16.14

Pertumbuhan jerawat pada kulit terutamanya di muka boleh menyebabkan penghidap menjadi kurang berkeyakinan dengan penampilan dirinya sendiri. Namun salah satu punca penyebab jerawat datangnya dari tubuh penghidap itu sendiri.

Dan untuk pengetahuan anda, walaupun remaja yang selalu mengalami masalah hormon tidak stabil disebabkan proses tumbesaran, ketidakseimbangan hormon juga berlaku kepada orang dewasa. Secara umumnya, pertumbuhan jerawat berpunca daripada pengeluaran hormon androgen yang menstimulasikan kelenjar Sebaceous dan menyebabkan kelenjar tersebut membesar atau mengembang.

Penghasilan hormon androgen menghasilkan sebum yang menjadikan kulit kita lembut dan kalis air. Dan menurut artikel-artikel lepas, sebum yang terkumpul dan tersumbat di dalam liang roma kulit akan dijangkiti bakteria dan sel kulit mati. Maksudnya, lebih banyak sebum yang dihasilkan oleh hormon androgen, lebih tinggi potensi untuk kulit seseorang itu ditumbuhi jerawat.

Apabila peningkatan pengeluaran hormon androgen berlaku, kelenjar Sebaceous dan lapisan kulit di dalam liang roma turut berubah. Remaja lelaki dan perempuan yang mengalami perubahan hormon juga akan berganti kulit dengan kerap sewaktu akil baligh. Dalam tempoh inilah kita kerap jumpa remaja yang mengalami masalah jerawat sama ada serius atau tidak.

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, bukan remaja sahaja yang mengalami masalah jerawat, orang dewasa juga mempunyai peluang untuk menghidap penyakit kulit berjerawat ini. Namun, bagi orang dewasa,  masalah ketidakseimbangan hormon ini berlaku secara sementara dan tidak berlarutan dalam jangka masa yang lama tetapi masih berpotensi untuk terpaksa mendapatkan rawatan ke atas masalah jerawat tersebut.

Antara masalah lain yang turut menyebabkan ketidakseimbangan hormon kepada orang dewasa ialah:

1. Pertumbuhan semula jerawat buat pertama kali setelah sekian lama kulit tidak berjerawat boleh disebabkan oleh PMS, Peri Menopause dan juga Menopause.

2. Kelainan pengeluaran hormon dalam tempoh kehamilan atau sewaktu kitaran menstrual.

3. PCOS ( Polycyctic Ovarian Syndrome ) dimana pesakit mengalami masalah petumbuhan atau keguguran rambut, kulit di sekeliling ketiak atau lipatan-lipatan kulit pada tubuh menjadi lebih gelap, dan kegemukan pada kawasan perut .

Selain itu, ketidakseimbangan hormon juga dikaitkan dengan keadaan tekanan emosi dan psikologi yang kronik yang boleh dirawat dengan beberapa kaedah. Bagi orang dewasa, masalah jerawat disebabkan hormon tidak boleh dirawat dengan hanya membeli ubat-ubat jerawat biasa di farmasi. Masalah jerawat tersebut boleh didapati di klinik-klinik pakar kulit. Rawatan-rawatan yang diberikan pula termasuklah kontraseptif oral, ubat mengurangkan radang kulit, ubat anti-androgen atau lain-lain perubatan semulajadi yang disyorkan oleh doktor.

Pengambilan ubat-ubatan oleh pesakit wanita boleh menyebabkan kesan-kesan sampingan seperti loya, penambahan berat badan, kelembutan pada payudara serta penghasilan titisan-titisan darah haid sebelum tiba  waktu kitaran menstrual yang sebenar. Jika pesakit mengambil ubatan dari sumber semulajadi seperti meminum jus kesihatan, ia tidak mendatangkan kesan sampingan kepada penghidap masalah jerawat, bergantung kepada penerimaan tubuh pesakit sendiri.

 

Untuk penjagaan wajah anda,bertindak sebelum jerawat menguasai hidup anda!Klik pada gambar di bawah ini…

Posted in Uncategorizedwith No Comments →

  • You Avatar