PENTING : 4 Makanan Yang Di larang Buat Pengantin Baru11.12.14

Anak merupakan impian setiap pasangan yang baru berkahwin.
Justeru itu, perancangan awal perlu dilakukan. Rasulullah S.A.W juga mahukan umatnya bertambah.
Jom baca apa yang Rasulullah S.A.W cakap pasal 4 makanan yang dilarang kepada pengantin baru. Petua ini juga boleh digunakan buat pasangan yang ingin merancang kelahiran zuriat.
Adab Uz-Zifaf Ahmad telah menceritakan:-

“Rasulullah S.A.W telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib R.A di mana baginda telah bersabda:
1. Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke rumahmu, maka(suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya. Sesungguhnya Allah mengeluarkan 70 rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga keberkatan itu merantai setiap penjuru rumah pengantin itu bebas dari penyakit gila (sawan) dan sopak.
2. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum 4 jenis makanan ini PADA MINGGU PERTAMA PERKAHWINAN iaitu:-
a) Susu

Bayangkan anda tengah makan cornflakes or koko crunch dengan susu. One word for that ‘HEAVEN!’ namun, susu adalah tidak sesuai untuk diminum oleh pasangan pengantin yang baru berkahwin. Ini adalah  kerana, rahim perempuan itu bersifat sejuk justeru, ia akan menghalang pasangan untuk mendapatkan zuriat.

b) Cuka

Apabila perempuan meminum cuka semasa haid, sesungguhnya haid itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.

c) Ketumbar dan daunnya

Ia menganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kelahiran buat sesuatu pasangan.

d) Apple Masam

Keasidannya akan memotong haid di dalam badan dan menyebabkan rahim tidak bersih.

Posted in Uncategorizedwith No Comments →

Tabiat Pemakanan Tanda Paras Kesihatan11.05.13

Meskipun sibuk dengan tugas harian, individu boleh menjaga kesihatan diri dengan merancang pemakanan yang betul mengikut keperluan badan. Pemilihan makanan yang bersesuaian membantu individu menyeimbangkan pelbagai zat makanan dalam diet seharian.

Pakar Pemakanan dan Dietetik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Norimah Abd. Karim berkata, untuk memastikan tubuh badan mendapat semua zat, individu harus memilih makanan dari gabungan makanan berdasarkan Piramid Makanan.

Dalam Piramid Makanan mereka dinasihatkan mengambil bijirin dan hasil bijirin serta ubi-ubian dalam kuantiti yang banyak.

“Pilih diet yang mengandungi banyak bijirin dan kekacang atau legum,” katanya ketika menyampaikan ceramah dalam Bengkel Gaya Hidup 2000 di Universiti Kebangsaan Malaysia baru-baru ini.

Bijirin ini katanya, perlu diambil sebanyak lapan hingga 12 sajian sehari kerana ia merupakan sumber tenaga utama.

Selain sumber tenaga, katanya, sajian ini penting untuk tumbesaran badan kerana ia mengandungi karbohidrat kompleks yang utama, vitamin, mineral, serat dan sedikit protein.

Dr. Norimah berkata, selain bijirin dan kekacang, individu perlu mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.

Sebagai sumber vitamin, serat dan mineral yang terbaik katanya, buah dan sayur perlu berada dalam setiap sajian makanan.

Menurutnya, buah-buahan dan sayur perlu diambil melebihi lima sajian setiap hari.

Manakala ikan, ayam, daging dan kekacang yang mempunyai protein, vitamin B, zat besi, zink, kalsium dan magnesium boleh diambil dalam kuantiti sederhana iaitu dua hingga tiga sajian setiap hari.

Mengikut Piramid Makanan itu, individu dinasihatkan memilih diet yang rendah lemak dan tanpa kolestrol.

”Ini boleh dilakukan dengan mengurangkan pengambilan makanan bergoreng serta pilih makanan yang penyediaannya menggunakan rendah lemak dan pilih diet rendah kolestrol,” tambahnya.

Untuk menikmati kehidupan yang lebih ceria dan sihat, Dr. Norimah mengingatkan individu untuk memilih diet rendah gula dan garam. Antaranya:

* Kurangkan makanan proses dan makanan segera.

* Makan lebih makanan asli dan yang baru disediakan.

* Gunakan gula dan garam secara sederhana semasa memasak.

* Kurangkan pengambilan snek yang tinggi garam (masin), gula (manis) dan serbuk perasa.

* Kurangkan penggunaan perisa yang tinggi garam dan natrium.

* Mereka juga disarankan minum banyak air masak biasa dengan cara lebihkan minum air kosong dan kurangkan pengambilan minuman manis dan bergas.

* Makan makanan dan juga sumber penyediaannya bersih serta selamat.

* Makan di tempat bersih.

* Pastikan cara menyimpan, penyelenggaraan, penyediaan dan hidangan makanan yang selamat.

Beliau turut menasihatkan individu makan secara teratur untuk mengelak kelaparan tidak terkawal.

Apabila terlalu lapar katanya, individu tertentu kadangkala terlupa tentang pemakan yang baik dan seimbang.

Sebaliknya kata beliau, tabiat makan yang baik ialah pengambilan sarapan pagi, makan tenga hari, makan malam dalam saiz sajian yang sederhana mengikut keperluan seseorang.

Mengenai perancangan diet beliau memberitahu, diet yang lengkap dan seimbang ialah mengambilkira variasi di antara individu seperti umur, tahap perkembangan, kesukaan dan tabiat makan.

Antara prinsipnya:

* Pelbagaikan jenis makanan.

* Pilihan makanan yang mempunyai kepadatan zat yang tinggi.

* Mengikut Saranan Pengambilan Makanan RDA (Recommended Dietary Allowance) sehampir yang boleh iaitu tahap pengambilan zat berdasarkan pengetahuan sains pemakanan memenuhi keperluan semua individu yang sihat melalui pengambilan semua jenis makanan.

RDA jelasnya, ditetapkan pada tahap melebihi sedikit keperluan kebanyakan individu, untuk memastikan keperluan semua mengikut umur dan jantina.

Bagi wanita terdapat perbezaan bergantung kepada umur, perkembangan seks, status reproduktif dan kehamilan.

Posted in Uncategorizedwith No Comments →

Cara Sihat Berbuka Puasa11.05.13

PUASA bukan sekadar bermaksud menahan diri daripada lapar dan dahaga pada siang hari, malah yang lebih penting ialah membebaskan diri hasutan nafsu.

Mungkin anda berjaya berpuasa pada siang hari tetapi apabila tiba waktu berbuka, anda dengan penuh nafsu memakan semua juadah sehingga menyebabkan perut menjadi senak dan akhirnya solat ditinggalkan.

Sebenarnya gaya hidup bermewah-mewah dengan makanan sehingga ke tahap pembaziran bertentangan dengan matlamat dan semangat Ramadan.

Oleh itu kawal nafsu kita ketika makan dan bersikap sederhana. Ia bukan saja menambah pahala kita, malah dari sudut perubatan, kesihatan kita lebih terjamin.

Perlu diketahui, tubuh memiliki mekanisme tetap dalam mengurangkan kadar metabolik dan memastikan penggunaan simpanan lemak dalam tubuh ketika lapar.

Justeru, pengambilan makanan sepanjang bulan Ramadan seharusnya seimbang dan tidak jauh bezanya dengan waktu tidak berpuasa. Untuk kekal sihat, kuantiti makanan sepatutnya normal bukan dua kali ganda berbanding ketika tidak berpuasa.

Apa yang penting pengambilan makanan adalah berasaskan kumpulan makanan utama, karbohidrat (nasi, roti, bijirin) ditambah dengan produk tenusu, ikan, daging, kacang, sayur-sayuran dan buah-buahan. Pengambilan diet yang seimbang seharusnya membantu anda mengekalkan berat badan yang normal dan bukan menjadikan berat badan anda bertambah atau berkurangan. Bagaimanapun, jika anda yang obes atau terlebih berat, pengambilan makanan mengikut diet yang seimbang tentu saja dapat membantu anda menurunkan berat badan.

Tempoh berpuasa yang panjang sebenarnya banyak membantu kita dalam merangka diet. Misalnya, pengambilan makanan yang lambat dihadam lebih diutamakan. Antaranya makanan mengandungi serat.

Makanan seperti ini mengambil masa lapan jam untuk dihadam manakala makanan yang cepat dicerna hanya mengambil masa tiga atau empat jam. Ini menyebabkan anda mudah lapar.

FAKTA: Panduan memilih makanan

Makanan lambat dihadam (karbohidrat)- barli, gandum, oat, kacang, nasi

Makanan yang cepat dihadam (dikenali sebagai refined carbohydrates)- biasanya mengandungi gula dan tepung.

Makanan yang mengandungi serat – gandum, sayur-sayuran seperti kacang, bayam atau makanan kering seperti aprikot atau prun

Pilih makanan dalam kategori karbohidrat manakala kurma adalah sumber gula, serat, karbohidrat, potassium dan magnesium yang mudah ditemui. Selain itu, pisang juga sumber potassium, magnesium dan karbohidrat.

Minum sebanyak mana air suam atau jus buah-buahan yang mungkin antara waktu iftar dan masa tidur.

Makanan yang perlu dielakkan

Makanan bergoreng dan berlemak

Makanan yang mengandungi terlalu banyak gula

Makan terlalu banyak ketika berbuka puasa

Minum terlalu banyak teh – teh membuatkan anda kerap membuang air kecil dan mengambil garam mineral dalam tubuh yang anda perlukan pada siang hari

Merokok.

Masalah lazim pada bulan puasa

Sembelit – Masalah ini boleh menyebabkan buasir atau sukar membuang air besar. Ini berlaku kerana pengambilan air terlalu sikit dan serat yang tidak cukup dalam diet.

Penawar – tambah pengambilan air dan makanan berserat.

Masalah tidak hadam dan berangin – Berlaku kerana terlalu banyak makan makanan bergoreng dan berminyak, makanan pedas dan makanan yang berangin seperti telur, kubis dan minuman bergas.

Penawar – jangan makan terlalu banyak sekali gus dan minum lebih jus buah-buahan atau air suam. Elakkan makanan bergoreng.

Tekanan darah rendah – Peluh berlebihan, lemah, letih, kurang bertenaga, pening terutama setiap kali cuba bangun, pucat dan rasa sakit yang dikaitkan dengan tekanan darah rendah yang kerap muncul menjelang petang.

Masalah tekanan darah rendah perlu disahkan dengan pengambilan bacaan tekanan darah apabila simptom muncul.

Sebab – kurang minum air, kurang pengambilan garam

Penawar – lebihkan minum air dan pengambilan garam

Sakit kepala

Sebab – mengambil kaffeine dan tembakau yang terlalu banyak dalam satu hari, kurang tidur. Ia akan menyebabkan rasa lapar pada siang hari dan semakin teruk pada hujung hari. Jika dikaitkan dengan tekanan darah rendah, sakit kepala itu mungkin teruk dan boleh menyebabkan muntah selepas berbuka puasa.

Penawar – kurangkan kaffeine dan tembakau secara perlahan-lahan

Tahap gula dalam darah yang rendah

Ia akan menyebabkan rasa lemah, pening, penat, sukar memberi tumpuan, menggigil, sakit kepala, berdebar-debar dan berpeluh

Sebab – di kalangan mereka yang bukan pesakit diabetes – mengambil terlalu banyak gula pada waktu sahur. Tubuh menghasilkan terlalu banyak insulin yang menyebabkan tahap gula dalam darah merosot.

Penawar – kurangkan pengambilan makanan dan minuman yang tinggi kadar gulanya

Kekejangan otot

Disebabkan pengambilan kalsium, magnesium dan potassium yang kurang

Penawar – tambah pengambilan makanan yang kaya dengan kalsium, magnesium dan potassium

Pedih ulu hati, ulser peptik, gastritis dan hernia

Peningkatan tahap asid dalam perut yang kosong menyebabkan keadaan ini berlaku. Ini menyebabkan rasa seakan pedih pada perut hingga ke tekak. Makanan pedas, kopi dan minuman bergas memburukkan lagi keadaan.

Batu karang

Ia biasanya muncul di kalangan mereka yang kurang minum air.

Posted in Uncategorizedwith No Comments →

  • You Avatar