Hilangkan Jerawat Dengan 3 bahan05.19.14

Jerawat tiba-tiba naik! Ya Allah geramnya. Orang perempuan bila muka naik jerawat terus tak tenteram rasanya. Tekanan! Susah hati! Macam-macamlah! Semua benda serba tak kena.

Penulis kongsikan tips yang mungkin boleh kecut jerawat bila aplikasikan cara ini. Insyaallah!
Anda hanya perlukan 3 bahan sahaja.

Ya 3 bahan! Mudah dan cepat. Kulit Kayu Manis, Bedak Sejuk, Air
Ambil kulit kayu manis, kikiskan sedikit sahaja, masukkan dalam mangkuk kecil. Lepas itu, masukkan sedikit bedak sejuk ke dalam mangkuk yang berisi kulit kayu manis. Barulah masukkan beberapa titis air, kacau adunan dan tepekkan ke muka. Lepas biarkan semalaman, cuci dengan air. Insyaallah jerawat anda akan beransur hilang. Selamat mencuba!
Gambar-Kayu-manis1Tips:
Jangan bagi cair, pekat pun boleh juga.
Kikis kulit kayu manis jangan terlalu banyak sebab kulit kayu manis agak pedih, nanti anda terbuat banyak tepek dekat muka jadi pedih kemerahan. Sedikit sahaja okay.

Posted in Uncategorizedwith No Comments →

Menghilangkan Jeragat Dengan Mudah03.04.14

Jeragat ialah tompok-tompok hitam yang disebabkan melanin yang terkumpul dan menjadi warna coklat muda atau coklat tua. Kadang kala ia hitam yang terkumpul di muka biasanya berkelompok, baik di pipi mahupun di dahi atau dagu. Jeragat boleh dipudarkan atau dikurangkan, tetapi tidak boleh dipulihkan sama sekali.

Jeragat boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu seborrhoeic keratoses, melasme dan skin tag. Seborrhoeic keratoses ialah timbul seperti biji hitam atau tahi lalat hidup pada kulit. Melasme pula tompok hitam atau kelabu leper di bawah lapisan kulit. Skin Tag  ialah daging lebih berwarna coklat atau kelabu yang kebiasaannya ada pada ketiak dan teher. Jeragat tidak berbahaya namun menyebabkan kulit muka individu kusam dan kotor. Mungkin anda tidak ada jeragat, tetapi mencegah lebih baik sebelum ditimpa masalah ini.

 

Penyebabnya:

1. Ia disebabkan oleh pancaran UV matahari yang menjadikan kelebihan pigmen.

2. Hormon yang tidak seimbang disebabkan mengandung atau menopaus.

3. Gelisah dan tidak cukup tidur.

4. Menggunakan makeup yang tidak berkualiti dan bermutu rendah.

5. Disebabkan oleh masalah pada limpa.

 

Rawatan Moden

a. Lindungi kulit anda daripada matahari dengan menggunakan “skin care” dan barangan makeup yang mengandungi “sunscreen” iaitu bahan pelindung matahari. Tidur dengan cukup dan jauhi daripada kegelisahan.

b. Pastikan barangan makeup yang anda pakai bermutu tinggi. Urutan pada muka anda boleh merangsang peredaran darah dan mempercepatkan pemulihan.

 

Rawatan Tradisional

Petua 1 : Sapukan kulit pisang berangan ke jeragat. Biarkannya selama 5 minit dan bersihkan muka anda dengan air bersih.

Petua 2: Ambil putih telur, rendam tisu dalam putih telur dan tekapkan pada muka anda  sehingga tisu menjadi kering. Buang tisu tersebut dan cuci muka anda dengan air bersih.

Petua 3: Kutip beberapa helai sireh muda dan simpan dalam peti sejuk. Setiap pagi ambil sehelai dan terus gosok di sekitar tempat jeragat tersebut.

Petua 4: Ambil 2 inci daun betik, 1 genggam beras, air dan 1 inci kulit kayu manis. Rendam terlebih dahulu beras dengan air semalaman. Setelah ia kembang, kisar ataupun tumbuk dengan sedikit air bersama daun betik dan kulit kayu manis. Setelah siap, sapukan di seluruh muka anda dan biarkan ia kering lebih kurang 20 – 30 minit. Kemudian, lembabkan muka anda, gosok (seperti scrub) dan cuci. Bagi mendapatkan kesegaran, cuci muka anda dengan air suam.

Petua 5: Ambil hampas kelapa dan gosokkan di seluruh muka anda. Biarkan selama 15 minit atau lebih. Amalkan selalu. Jeragat anda akan hilang dan kulit muka menjadi halus dan gebu.

Posted in Uncategorizedwith 2 Comments →

  • You Avatar